Press Releases

The Association of Banks In Malaysia

  • Home
  • Media Room
  • Press Releases
  • Press Release 2022
  • Asian Institute Of Chartered Bankers (AICB) Dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) Anjur Bersama Persidangan ESG Perbankan Malaysia Kali Pertama 2022

Asian Institute Of Chartered Bankers (AICB) Dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) Anjur Bersama Persidangan ESG Perbankan Malaysia Kali Pertama 2022

ASIAN INSTITUTE OF CHARTERED BANKERS (AICB) DAN PERSATUAN BANK-BANK DALAM MALAYSIA (ABM) ANJUR BERSAMA PERSIDANGAN ESG PERBANKAN MALAYSIA KALI PERTAMA 2022
Meninjau Isu-isu Berkaitan ESG dengan Tumpuan Terhadap Perubahan Iklim dan Sektor Perbankan Malaysia

Kuala Lumpur (13 September 2022): Persidangan Perbankan Malaysia kali pertama bertemakan “Memanfaatkan Perubahan: Menukarkan Momentum ESG kepada Tindakan yang dianjurkan pada 12 – 13 September 2022 di Shangri-La Kuala Lumpur menampilkan perbincangan yang mendalam tentang tajuk-tajuk yang memberikan tumpuan terhadap perubahan iklim dan risiko di Malaysia, dan seterusnya memberikan penekanan terhadap isu, cabaran dan peluang yang berkaitan.  

Dianjurkan secara bersama oleh AICB dan ABM, persidangan ini mewujudkan peluang untuk perbincangan yang tepat pada masanya dalam kalangan peneraju industri perbankan dan kewangan utama menerusi perbicangan dan pembentangan panel secara langsung. Lebih 30 peneraju industri dan pakar kelestarian terkemuka daripada sektor perbankan, tenaga, minyak dan gas serta perladangan berkongsi pandangan, pengalaman dan pengetahuan mereka tentang inisiatif, strategi dan piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus) untuk mengurangkan dengan berkesan impak negatif perubahan iklim dan melakukan peralihan yang sewajarnya kepada pelepasan karbon sifar bersih (net zero). 

Pengerusi AICB Tan Sri Azman Hashim berkata: Dalam merealisasikan aspirasi ESG kita, terdapat keperluan yang mendesak untuk mempertingkatkan kapasiti dan kepakaran kita dalam kewangan hijau. Berikutan perbankan yang bertanggungjawab dan mampan kini menjadi masa hadapan, industri ini memerlukan tenaga kerja yang cekap dan berkemahiran tinggi yang menguasai bidang kewangan bertanggungjawab yang lebih meluas serta memahami matlamat etika dan sosial perbankan, yang jauh melangkaui pulangan kewangan. Penyelesaiannya terletak pada peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) menerusi pendidikan dan latihan profesional, iaitu mandat teras AICB sebagai badan profesional bagi pegawai bank di Malaysia yang telah diperkukuh dalam Pelan Sektor Kewangan 2022 – 2026. Adalah penting bahawa setiap pengamal kewangan meningkatkan pengetahuan mereka tentang kewangan hijau dan kelestarian ke suatu tahap yang relevan dengan peranan dan organisasi mereka.   

Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata dalam ucapan khasnya: Sepertimana keupayaan kita untuk keluar daripada pandemik ini dengan selamat dan sistematik adalah penting, adalah mustahak juga untuk kita melakukan pembinaan semula dengan lebih baik dan kukuh. Inilah sebabnya mengapa sektor kewangan perlu mempertingkatkan usaha dan memainkan peranannya dalam agenda iklim dan kelestarian. Meskipun usaha-usaha yang sedang diambil oleh sektor kewangan dalam aspek ini adalah menggalakkan, termasuk melalui penawaran pelbagai penyelesaian kewangan yang mampan, dan bantuan kepada syarikat dalam proses peralihan mereka, hakikatnya banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan. Dalam konteks ini, pembuat dasar, pengawal selia dan peserta peringkat nasional seperti Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MYCAC), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia (Bursa) dan Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) melakukan usaha yang bermakna dengan berganding bahu dengan institusi kewangan, syarikat bukan kewangan, persatuan industri dan pakar iklim untuk memacu kemajuan dalam landskap kewangan mampan, sekali gus menyediakan sistem kewangan Malaysia untuk menjadi berdaya tahan terhadap iklim.

Pengerusi ABM, Dato’ Khairussaleh berkata: Seperti yang dijelaskan oleh pakar-pakar di Persidangan ini, ESG dan perubahan iklim tidak lagi dilihat sebagai isu yang remeh pada hari ini. Malah, isu ini telah menjadi tumpuan utama bagi negara-negara membangun dan kini dilihat sebagai agenda penting bagi sektor perkhidmatan kewangan Malaysia. Bank-bank mengiktiraf peri mustahaknya ESG dan usaha menguruskan pelbagai risiko berkaitan iklim serta peranan penting yang boleh kita mainkan dalam mencorakkan naratif ini. Sebagai pengantara kewangan, kita juga mahu memastikan rangkuman sosial dan kewangan serta pertumbuhan masa hadapan yang mampan untuk semua.

Penceramah utama di persidangan termasuk pakar ESG serta peneraju industri perbankan dan kewangan daripada:

  • AmBank Group, Malaysia
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Negara Malaysia
  • Bursa Malaysia Berhad
  • Kumpulan CIMB, Malaysia
  • Climate Governance Malaysia
  • Deloitte Asia Pacific, Malaysia
  • Suruhanjaya Tenaga, Malaysia
  • Ernst & Young Consulting, Malaysia
  • HSBC Amanah Malaysia Berhad
  • International Finance Corporation, Singapore
  • Kuala Lumpur Kepong Berhad, Malaysia
  • Malaysia Venture Capital Management Berhad
  • Maybank, Malaysia
  • Maybank Investment Bank Berhad, Malaysia
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia
  • Moody’s Analytics, Singapore
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  • Oxford Sustainable Finance Group, University of Oxford, United Kingdom
  • PwC Malaysia
  • Sarawak Energy Berhad, Malaysia
  • SEAD Industries, Malaysia
  • Shell Malaysia
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  • UN Global Compact Network, Malaysia & Brunei
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad, dan
  • WWF Malaysia.

Sesi Meja Bulat Chartered Banker yang dimudahcarakan oleh Dr Ben Caldecott, Pengasas dan Pengarah Oxford Sustainable Finance Group, University of Oxford, juga dianjurkan di luar acara Persidangan, yang menampilkan para Fellow Chartered Banker dan Chartered Banker terkemuka untuk membicarakan isu-isu perubahan iklim di Malaysia selain membincangkan pandangan utama tentang rancangan ESG jangka panjang mereka dan pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menukarkan momentum ESG menjadi tindakan dalam industri kewangan. 

Persidangan ini menarik penyertaan lebih 500 delegasi daripada institusi kewangan tempatan. Program dua hari ini mulai 12 – 13 September melibatkan sesi Masterclass separuh hari pada hari pertama, diikuti oleh sesi Plenari dan Breakout (khusus) sehari penuh pada hari kedua.

Ketahui lebih lanjut acara akan datang yang dianjurkan oleh AICB di https://www.aicb.org.my/events/upcoming




ABM Connect | Toll-free on 1300-88-9980

ABMConnect provides an avenue for consumers to clarify any doubts and verify information on conventional banking issues.

Copyright © 2021 The Association Of Banks In Malaysia.
Press enter to search
Press enter to search

Buckle

The Association of Banks in Malaysia (ABM) was formed in November 1973. Our membership is currently made up of the 26 commercial banks operating in Malaysia.

Since its inception, ABM has been actively involved in various initiatives to promote and strengthen the commercial banking industry to become more resilient, effective and efficient.

Tel No. : +603-2202 7223
ABMConnect : 1300-88-9980

Location Map




View larger map