Press Releases

The Association of Banks In Malaysia

  • Home
  • Media Room
  • Press Releases
  • Sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan pakej rangsangan dan langkah-langkah bantuan yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan industri kewangan semasa penularan wabak COVID-19

Sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan pakej rangsangan dan langkah-langkah bantuan yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan industri kewangan semasa penularan wabak COVID-19

Kuala Lumpur, Isnin, 20 April 2020 – Industri kewangan ingin mengingatkan orang ramai dan ahli perniagaan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mengenai sindiket penipuan yang menggunakan taktik penipuan dengan niat untuk memperdaya mangsa yang tidak menaruh syak wasangka. Penipuan ini boleh mengakibatkan kerugian dalam bentuk wang dan berisiko menjejaskan butiran maklumat perbankan mereka yang sensitif dan sulit.

Modus operandi terkini sindiket penipuan itu termasuk menyamar sebagai pegawai bank dan/atau wakil bank yang berurusan dengan mangsa yang tidak menaruh syak wasangka melalui e-mel, panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan/atau platform pesanan sosial seperti WhatsApp atau perkhidmatan pembawa mesej dalam talian yang lain. Penipu ini menggunakan helah ingin memudahkan bantuan kewangan dan/atau membantu menyediakan permohonan pinjaman serta mendapatkan pembiayaan yang melibatkan pakej rangsangan dan langkah-langkah bantuan khas seperti Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan institusi-institusi kewangan.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa institusi kewangan dan/atau bank-bank tidak melantik atau berurusan denganpihak ketiga atau ejen untuk proses mendapatkan pinjaman. Oleh itu, individu dan ahli perniagaan dinasihati supayatidak membuat permohonan pinjaman dan/atau mendedahkan maklumat sensitif dan sulit kepada individu atau syarikat yang mengaku menjadi pihak ketiga yang dilantik atau ejen daripada institusi kewangan.

Orang ramai dan ahli perniagaan yang ingin mendapatkan pembiayaan juga dinasihati supayaberhubung secara langsung dengan bank atau institusi kewangan untuk membuat permohonan pinjaman bagi mengelakkan daripada ditipu oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab ini.Sebagai alternatif, PKS juga boleh mendapatkan pilihan pembiayaan yang sah melalui platform dalam taliam imSME.com.my. Platform ini akan memadankan keperluan pembiayaan pemohon dengan institusi kewangan yang paling sesuai dengan keperluannya.

Selain itu, orang ramai juga dinasihati supaya berwaspada terhadap panggilan atau pesananyang kononnya daripada pegawai bank, pihak polis, jabatan cukai pendapatan, mahkamah atau agensi Kerajaan lain yang meminta maklumat perbankan peribadi anda. Bank-bank dan/atau institusi kewangan tidak sama sekaliakanmeminta maklumat perbankan peribadi seperti Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code,TAC)atau Nombor Pengenalan Peribadi (Personal Identification Number,PIN)atau nama pengguna dalam talian (online username) dan kata laluan.

Ahli perniagaan dan orang ramai diingatkan supaya merujuk laman sesawang rasmi institusi kewangan dan/atau bank atau menghubungi perkhidmatan pelanggan mereka secara langsung untuk memperoleh maklumat, melakukan pengesahan dan mendapatkan penjelasan. Untuk maklumat lanjut, andajuga boleh menghubungi BNMTELELINKdi talian 1-300-5465.

Orang ramai juga boleh menghubungi Persatuan di bawahini untuk sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung dengan penipuan SRF melalui nombor telefon yang tertera.

  • ABM melalui ABMConnect di talian 1300-88-9980 atau melalui eABMConnect di www.abm.org.my untuk bank perdagangan konvensional.
  • AIBIM di talian 03-2026 8002/13 atau e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk perkhidmatan perbankan Islam.
  • ADFIM di talian 03-2694 9871 atau e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk institusi kewangan pembangunan.



ABM Connect | Toll-free on 1-300-88-9980

ABMConnect provides an avenue for consumers to clarify any doubts and verify information on conventional banking issues.

Copyright © 2020 The Association Of Banks In Malaysia.
Press enter to search
Press enter to search

Buckle

The Association of Banks in Malaysia (ABM) was formed in November 1973. Our membership is currently made up of the 27 commercial banks operating in Malaysia.

Since its inception, ABM has been actively involved in various initiatives to promote and strengthen the commercial banking industry to become more resilient, effective and efficient.

Tel No. : +603-2078 8041
Fax No. : +603-2078 8004
ABMConnect : 1300-88-9980

Location Map




View larger map